suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak hirau spekulasi perpindahan, Pogba bawak teman wanita bergembira di gurun

Paul Pogba bersama teman wanitanya, Maria Salaues.

SEDANG hangat dilanda spekulasi perpindahan, bintang Manchester United (MU) Paul Pogba seakan-akan tidak mengendahkan hal itu.

Malah, dia dilihat gembira menghabiskan masa bersama teman wanitanya.

Pogba dan Maria Salaues dirakam sedang menaiki kenderaan buggy di sebuah gurun di Arizona.

Malah, timbul juga dakwaan bahawa pasangan itu akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Maria mula dikaitkan dengan Pogba pada tahun 2017 apabila mereka dilihat bersama di Los Angeles.

Dalam pada itu, spekulasi rancak bertebaran mengenai perpindahannya ke Real Madrid atau Juventus.

Pada musim lalu, Pogba menerima kritikan kerana dianggap tidak membantu pasukannya dalam Liga Juara-Juara. - Daily Star.

 

Artikel Lain