suria

Mourinho akui Mbappe lebih bernilai berbanding Ronaldo, Messi

FOTO: France 24

HIDUP ini bagaikan roda, kita tak akan selamanya berada di atas.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai dua pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi yang seolah-olah semakin hilang taring.

Tidak bermakna mereka kurang hebat, namun sebagaimana masa berlalu, muncul pula bakat-bakat baharu yang mencuri perhatian peminat sukan itu.

Tanggapan itu turut diakui Jose Mourinho yang mengakui pemain muda Kylian Mbappe kini sudah mengatasi Ronaldo dan Messi.

Ujar Mourinho, Mbappe merupakan pemain terbaik di dunia buat masa ini.

Mbappe menyertai PSG pada 2017 sebagai pemain pinjaman sebelum dibeli pada musim panas 2018 denga harga €180 juta (RM832 juta).

"Untuk pemain seperti Mbappe, apabila kamu berbicara soal masa depan, kamu tak perlu lihat 10 atau 5 tahun akan datang.

"Fokus sekarang sahaja, dia cukup hebat. Apabila dia mencapai usia Ronald atau Messi kelak, dia akan jadi pemain paling bernilai di dunia.

"Dari segi kualiti, dia sangat hebat. Satu perkataan sudah cukup. Dia adalah segalanya," kata Mourinho. - Bleacherreport

Artikel Lain