Kemarau gol berpanjangan, peminat gesa Mo Salah direhatkan seketika - Sukan | mStar

Kemarau gol berpanjangan, peminat gesa Mo Salah direhatkan seketika

KEGAGALAN Mo Salah menghadiahkan sebarang jaringan sewaktu aksi perlawanan Liverpool menentang Fulham membuka ruang untuk pemain itu dikritik peminat.

Rata-rata peminat menggunakan platform Twitter untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka bintang kelahiran Mesir itu.

Selain berang, mereka juga mahu Salah direhatkan seketika daripada barisan utama pasukan Liverpool.

"Salah perlu lebih yakin dan lebih bekerjasama dengan pasukannya," tulis seorang lagi peminat.

Perlawanan menentang Fulham pada Ahad lalu menjadi aksi kelima berturut-turut yang menyaksikan Salah gagal menghasilkan sebarang jaringan.

Dalam pada itu, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp bagaimanapun mempertahankan pemain itu.

"Kalau ada peluang, memang lah nak jaringan. Tetapi sebagai pengurus, saya sudah terbiasa apabila ada pemain tak boleh jaringkan gol.

"Salah ada rekod yang bagus dalam jaringan sebab itu kita berada di posisi ini sekarang," ujarnya.

Ujar Klopp lagi, dia berpuas hati dengan prestasi Salah dan tidak kisah siapa pun yang menjaringkan gol dalam pasukan itu. - Egyptian Indipendent.

Mo Salah , Jurgen Klopp , Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain