suria

Umum persaraan, Chelsea sedia bawa Cech pulang ke 'rumah'

CHELSEA ‘membuka pintu’ buat Petr Cech untuk kembali ke Stamford Bridge.

Penjaga gol Arsenal itu yang mencatat rekod bersih 202 dalam Liga Perdana mengumumkan akan menggantung sarung tangannya tamat musim ini selepas 20 tahun dalam karier.

Namun bos di Chelsea sedia untuk membawa balik bekas bintangnya itu ke ‘rumah’. 

The Blues yang turut memberi penghormatan kepada bekas pemainnya itu pada Selasa selepas dia mengumumkan untuk bersara.

Kelab berminat membawa Cech kembali dengan memberi peranan penting di Chelsea sebagai duta atau potensi menjadi jurulatih di akademi kelab.

Cech menjulang trofi Liga Juara-Juara menewaskan Bayern Munich 2012.

Namun masih menunggu jawapannya sama ada berminat atau tidak menerima tawaran tersebut.

Cech,36, antara penjaga gol terbaik dalam era Liga Perdana sepanjang kariernya.

Selepas berpindah ke Stadium Emirates, Cech hilang tempat utamanya kepada Bernd Leno yang sehingga dia mengambil keputusan untuk bersara menamatkan reputasinya selaku penjaga gol terbaik.

Sepanjang bersama Chelsea (2004-2015), Cech berjaya merangkul empat trofi Liga Perdana, empat Piala FA, tiga Piala Liga, Liga Juara-Juara, Liga Europa dan dua Piala Perisai Komuniti. -Dailymail

Petr Cech, Chelsea, Arsenal

Artikel Berikut

Artikel Lain