Anak lelaki bakal sambung legasi Michael Schumacher dalam F1 - Sukan | mStar

Anak lelaki bakal sambung legasi Michael Schumacher dalam F1

LEGASI Michael Schumacher bakal diteruskan oleh anaknya yang berusia 19 tahun.

Menerusi laporan terbabaru, Mick sudah menandatangani kontrak dengan pasukan Prema dan menyertai akademi pemanduan Ferrari.

Dia kini sedang belajar memandu Formula 2, peringkat terakhir sebelum menyertai Formula 1.

"Saya teruja untuk berlumba dalam musim akan datang, satu haluan untuk saya kembangkan lagi diri dalam bidang ini.

"Saya mahu perbaiki teknik dan kemahiran pemanduan. Saya bersyukur mereka banyak membantu saya untuk membangun," ujarnya.

Bapanya baru-baru ini menyambut ulang tahun kelahiran ke-50 selepas dia pulih dari kecederaan otak akibat kemalangan ski, lima tahun lalu.

Bekas bos Formula 1 yang juga sahabat Michael, Ross Brawn menyifatkan keluarga itu sangat baik dan sentiasa memberi sokongan penuh.

"Kita lihat Mick menyertai perlumbaan kereta, Gina Marian pula terlibat dalam sukan lumba kuda.

"Isterinya juga sangat menyokong Michael sepanjang dia sakit," ujarnya.- Mirror.UK.

 

Michael Schumacher , F1 , Ferrari

Artikel Sebelum

Fulham ikat bekas pemain Liverpool

Artikel Berikut

Artikel Lain