suria

Solskjaer dalam pertimbangan jadi pengurus kekal United

OLE GUNNAR SOLSKJAER dijangka menjadi pengurus Manchester United secara kekal.

Solskjaer berjaya membawa kelab itu meraih enam kemenangan sejak menggantikan Jose Mourinho pada Disember tahun lalu.

Sementara itu, bos Tottenham Mauricio Pochettino juga sudah lama dipertimbangkan untuk menggalas jawatan itu selepas kontrak Solskjaer luput pada hujung musim ini.

Bagaimanapun, menurut The Sun, Solskjaer kini disenarai pendek sebagai calon pengurus United kerana berjaya menaikkan kedudukan Old Trafford sepanjang bulan pertama menerajui kelab tersebut.

Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward didakwa mengucapkan tahniah kepada Solskjaer ketika melawat bilik persalinan Webley kerana dia berjaya mengalahkan Tottenham.

United merancang untuk tunggu sehingga Mei sebelum memutuskan calon yang layak menjadi pengurus seterusnya.

Tetapi keputusan itu mungkin akan dipercepatkan sekiranya Solskjaer kekal konsisten dengan pencapaiannya. - Talk Sport

Solskjaer, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain