suria

Empat Perlawanan ONE Eternal yang ditunggu-tunggu hujung minggu ini

Joshua 'The Passion' Pacio.

ONE Championship bakal membuka tirainya Sabtu ini menjanjikan persembahan istimewa untuk peminat-peminat seni mempertahankan diri di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia Sabtu ini.

Acara pertama 2019, ONE: Eternal Glory dijangka menampilkan 14 perlawanan bertaraf dunia antara atlet terbaik sukan seni mempertahankan diri daripada organisasi itu.

Sembilan atlet Indonesia akan terus mempertahankan kemenangan awal bagi kontinjen itu manakala pemain dari Malaysia AJ 'Pyro' Lias Mansor dijangka kembali beraksi di pentas ini

Berikut adalah empat perlawanan ONE: Eternal Glory yang diwajib ditonton oleh setiap rakyat Malaysia.

Buat pertama kalinya, Juara Dunia ONE Strawweight, Joshua 'The Passion' Pacio (13-2) akan mempertahankan kejuaraanya daripada pemain Jepun, Yosuke 'Tobizaru' Saruta (18-8-3), pada acara utama.

Pejuang sensasi dari Pasukan Lakay yang berusia 23 tahun itu memenangi empat perlawanan berturut-turut, malah, mengakhiri tahun 2018 dengan membalas kekalahannya sebelum ini di tangan Yoshitaka Naito, sekali gus meraih emas.

Manakala, Saruta adalah bekas Juara Dunia Shooto Strawweight yang bertahun-tahun mendominasi senario sukan Jepun.

Dia kemudian membawa momentum  itu pada pertunjukkan sulungnya bersama ONE di Kuala Lumpur, bulan lalu dan meraih kemenangan pada perlawanan menentang bekas penyandang kejuaraan, Alex Silva.

Perlawanan mendebarkan itu bakal memihak kepada mana-mana pihak, bagaimanapun Saruta perlu berhati-hati dengan kebolehan Pacio beraksi di atas gelanggang.

Buat peminat sukan seni mempertahankan diri, pertemuan antara Christian 'The Warrior' Lee dan Edward 'The Ferocious' Kelly adalah perlawanan yang dinanti-nantikan.

Christian The Warrior Lee

Ini merupakan perlawanan kedua mereka dari tempoh kurang empat bulan.

Pada acara sebelum ini, pemain berusia 20 tahun itu mendominasi perlawanan terakhirnya, namun, hilang kelayakan kerana didapati mengambil barang terlarang.

Bagaimanapun dua bulan kemudian, Kelly kembali beraksi dan merekodkan kemenangan keenamnya menentang Kazuki Tokudome di ONE: Heart Of The Lion.

Bagaimanapun, kali ini dia perlu mengatur strategi permainan yang lebih baik agar tidak mengalami nasib yang sama pada perlawanan menentang Lee, yang turut mengakui tidak sabar untuk mengadakan pertemuan semula.

Priscilla Hertati Lumban Gaol adalah salah seorang atlet ONE yang paling aktif pada 2018, dengan rekod enam perlawanan dan lima kejayaan.

Atlet yang berpangkalan di Jakarta itu mempunyai peluang yang cerah untuk menang dalam perlawanan menentang Puja Tomar dari India.

Ini kerana, dia antara atlet yang sering membawa strategi  terancang setiap kali memasuki gelanggang.

Prestasi 'Thathie' nyata semakin meningkat sejak kalah di tangan Jihin 'Shadow Cat' Radzuan dari Malaysia, manakala, Tomar, tidak beraksi sejak kekalahannya pada pemain yang sama, pada Mac 2018.

Dia bakal membuat kemunculan semula ke gelanggang ONE buat pertama kalinya setelah dua tahun.

Menyedari usia tidak lagi memihak kepadanya, atlet dari Skuad Borneo Tribal, berharap untuk merebut kemenangan daripada pemain Indonesia,Yohan 'The Iceman' Mulia Legowo.

Pelbagai peristiwa dialami oleh Mansor sepanjang tiga bulan lalu, daripada menjalani operasi menyelamatkan nyawa kepada menyertai kem latihan dalam hanya tempoh beberapa minggu.

Bagaimanapun, atlet itu tidak memberikan sebarang indikasi untuk memperlahankan aktivitinya, sebaliknya rakyat Malaysia akan sentiasa berada di belakangnya untuk memberikan sokongan dalam usahanya meraih satu lagi kejayaan dalam kariernya.

ONE Championship

Artikel Sebelum

Artikel Lain