suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nikmat kebebasan di bawah pengendali baharu, Pogba akui gembira

PEMAIN muda berbakat besar, Paul Pogba mengakui selesa dengan sistem yang digunakan oleh pengendali Manchester United (MU), Ole Gunnar Solskjaer.

Katanya, sistem lama yang digunakan oleh Jose Mourinho begitu sukar untuk dirinya.

Semenjak berada di bawah naungan Solskjaer, Pogba sudah menjaringkan empat gol dala Liga Premier menerusi enam perlawanan.

Menurut pemain Perancis itu lagi, dia gembira dengan taktik permainan yang dipraktikkan oleh Solskjaer.

"Saya menikmati permianan ini. Ianya agak sukar dengan Mourinho. Saya selesa yang sekarang sebab saya suka menyerang, bermain dengan tekanan tinggi.

"Kadang-kadang saya boleh je bermain pertahanan, tapi ia bukan kepakaran saya. Bila faham satu sama lain, saya rasa sangat selesa.

"Itu yang membantu saya termasuklah dengan kehadiran Nemanja Matic dengan Ander Herrera," katanya lagi.

Sebelum ini, prestasi Pogba sering dipertikai khususnya sewaktu Mourinho masih bersama MU. - SkySports.

Paul Pogba, Ole Gunnar Solskjaer

Artikel Lain