suria

"Teman wanita saya berlari ke bilik, beritahu Mourinho dipecat"

LUKE Shaw mendedahkan bahawa dia tidak tahu mengenai pemecatan Jose Murinho sehingga teman wanitanya Anouska Santos menyampaikan berita itu.

Menurut Shaw, teman wanitanya berlari ke bilik dan memberitahu bahawa jurulatihnya itu telah dipecat.

“Yang benar? Teman wanita saya beritahu. Saya bangun pagi dan mandi.

“Dia berlari ke bilik dan beritahu pada saya.

“Saya tidak mempunyai apa-apa bayangan. Saya tidak lihat telefon bimbit atau apa-apa.  Itulah caranya saya tahu…daripada teman wanita,” ujarnya kepada Sky Sports.

Pemain berusia 23 tahun tetap menghormati pengendali Portugis itu, namun jelas dia dan rakan-rakannya lebih gembira dengan kehadiran Ole Gunnar Solskjaer.

“Saya yakin anda boleh lihat daripada luar banyak perubahan yang dia lakukan dalam tempoh singkat.

“Dia seperti seorang pengurus yang positif, tahu apa yang kelab inginkan dan apa yang penyokong mahu dari segi corak permainan.

“Dia membawa corak serangan, permainan pantas kembali ke Old Trafford. Saya pasti semua penyokong akan menghargainya seperti kami lakukan,” katanya.-Dailymail

Luke Shaw

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain