JDT perkenal pemain baharu Akhyar cara dramatik, Kedah tidak berdiam diri - Sukan | mStar

JDT perkenal pemain baharu Akhyar cara dramatik, Kedah tidak berdiam diri

PETALING JAYA: Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) secara rasmi memperkenalkan pemain baharunya musim depan Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

Perpindahan pemain muda Kedah ke selatan itu menjadi isu apabila dikatakan tidak mengikut saluran betul dan Akhyar masih mempunyai kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sehingga penghujung tahun depan.

Namun pada Sabtu, persoalan akhirnya terjawab apabila JDT memperkenalkan pemain berusia 19 tahun itu dengan cara yang lebih istimewa berbanding pemain-pemain lain dengan memuat naik video klip berdurasi 35 saat yang memaparkan seperti pemain itu mengambil jersi JDT dengan penuh dramatik.

Tetapi pada waktu yang sama KFA memuat naik status di laman Facebook rasminya menegaskan pemain muda kebangsaan Bawah 23 Tahun itu masih milik mereka.

"KFA menegaskan Akhyar masih milik pasukan Kedah kerana setakat ini tiada proses penebusan kontrak oleh pemain dan pelepasan dilakukan menurut peraturan FAM, AFC dan FIFA.

"Sijil Pelepasan Pemain masih dibawah hak mutlak KFA dan status quo pemain kekal berkontrak sehingga 30 November 2019.

"Sebarang perlanggaran menandatangani dua kontrak pada masa yang sama, adalah penghinaan kepada Statut FAM, pihak berkenaan akan menjadi asas aduan tatatertib oleh KFA.

"KFA dalam proses meneruskan tindakan di Mahkamah Timbangtara Sukan," jelas kenyataan tersebut.

Sebelum ini,  Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memuktamadkan segala kemelut yang timbul dan mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan Akhyar perlu membayar pampasan RM75,000 bersama jumlah tebus kontrak RM210,000.

Sementara itu, Pengarah Sukan Martin Prest berkata, JDT berasa gembira telah menandatangani pemain itu dengan kontrak selama empat tahun.

"JDT juga telah menambah klausa pelepasan perpindahan bernilai RM12,000,000 ke atas kontrak Akhyar.

"Terdapat yuran pembangunan (development fee) sebanyak RM75,000 yang perlu dibayar kepada bekas kelab pemain tersebut, dan sebagai tanda hormat kepada pasukan Kedah yang telah membangunkan bakat Akhyar, JDT akan membayar Kedah RM100,000," jelasnya di laman Facebook Johor Southern Tigers.


Akhyar Rashid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain