suria

Allegri calon alternatif jika United gagal pujuk Pochettino

Massimiliano Allegri.

MANCHESTER United akan mempertimbangkan Pengurus Juventus Massimiliano Allegri jika mereka gagal mendapatkan khidmat Mauricio Pochettino.

The Red Devils melantik Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus sementara selepas pemecatan Jose Mourinho dan sedang giat mencari pengurus baharu pasukan itu.

Pochettino merupakan sasaran utama United susulan kejayaannya bersama Tottenham Hotspur.

Namun United tidak yakin mereka mampu meyakinkan pengendali dari Argentina itu untuk meninggalkan Spurs pada musim panas ini.

Malah, United perlu membayar wang pampasan sebanyak 34 juta pound sterling kepada Spurs jika mahu mendapatkan khidmat Pochettino.

Mauricio Pochettino.

Sekiranya Pochettino enggan meninggalkan Spurs, United menjadikan Allegri sebagai pilihan alternatif mereka.

Allegri memenangi kejuaraan liga di Itali empat kali berturut-turut dan mengemudi Juventus ke final Liga Juara-Juara pada 2015 dan 2017.

Pengendali dari Itali itu berminat untuk mengemudi Arsenal pada musim panas lalu sebelum The Gunners melantik Unai Emery mengisi kerusi panas ditinggalkan Arsene Wenger.

Kontrak Allegri di Turin akan berakhir dalam tempoh 18 bulan lagi. - Metro. co.uk

Massimiliano Allegri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain