suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juventus rancang 'serbu' Old Trafford, Lukaku jadi sasaran

Romelu Lukaku. Foto Reuters

JUVENTUS bersedia untuk membuat penghijrahan buat penyerang Manchester United, Romelu Lukaku berikutan kelab gergasi Itali itu merancang 'menyerbu' Old Trafford.

Memetik CalcioMercato, pendahulu liga Serie A itu kini memburu penyerang bagi menggantikan pemain-pemain seperti Mario Mandzukic, 32.

Penyerang Belgium, Lukaku telah menjaringkan enam gol dalam 22 penampilan buat Manchester United setakat musim ini.

Pemain berusia 25 tahun itu, bagaimanapun bukan satu-satunya pemain di Old Trafford yang berada dalam radar Juventus.

Sportmail pada minggu lalu melaporkan ejen Paul Pogba, Mino Roila mengadakan rundingan bersama Juventus.

Manchester United bagaimanapun tidak berhasrat untuk menjual pemain itu. - Mail Online

Artikel Lain