suria

Gambar sinis selepas Mourinho dipecat, Pogba berdepan didenda oleh kelab

PAUL Pogba membuat 'high-five' dengan rakan sepasukannya selepas mengetahui Jose Mourinho dipecat pada Selasa.

Pemain tengah Perancis itu mengalami hubungan dingin dengan bekas pengurusnya itu dan berada di bangku simpanan ketika Manchester United tewas 3-1 kepada Liverpool Ahad lalu.

Mourinho dipecat oleh Timbalan Presiden Eksekutif Ed Woodward sehari selepas kekalahan di Anfield.

Menurut laporan Daily Mirror, Pogba mengetuai 'adegan' meraikan pemecatan Mourinho itu, membuat high-five dengan rakan sepasukan.

Pogba memuatnaik gambar sinisnya di Instagram selepas Mourinho dipecat, namun dipadam sepuluh minir selepas itu.

Pogba dikatakan pemain paling gembira dengan keputusan kelab memecat Mourinho, malah dia juga turut memuatnaik gambarnya yang kelihatan sinis bersama kapsyen 'Caption this!' di laman Instagramnya selepas beberapa minit Mourinho dipecat.

Namun gambar tersebut dipadam 10 minit kemudian.

Dia dijangka akan didenda oleh kelab kerana memuat naik gambar yang 'tidak menghormati' yang mendapat tanda suka 64,000 sebelum dipadam.

Selain Pogba, dua lagi pemain yang tidak dapat menyorok rasa gembira di atas pemecatan itu adalah Anthony Martial dan Luke Shaw.

Shaw kelihatan trersenyum dan menunjukkan tanda bagus ke arah jurugambar ketika dalam perjalanan menjalani sesi latihan di Carrington.

Kedua-kedua pemain itu juga mempunyai hubungan yang tidak baik dengan Mourinho.-Dailymail.co.uk

Paul Pogba, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain