suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kalau tak boleh bantu pasukan, tunggu masa sahaja disingkir keluar Celtic

Reaksi Gordon ketika Fredrik Gulbrandsen menjaringkan gol dalam perlawanan antara Celtic dan RB Salzburg pada Khamis lalu. - Reuters

TERLALU ramai pemain yang jarang diturunkan tidak menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaiknya.

Itu yang berlaku ketika Celtic tewas 2-0 ke Hibs yang tiada tujuh pemain pasukan pertama.

Penjaga gawang, Craig Gordon telah berada di kelab cukup lama untuk mengetahui bahawa ia bukan persekitaran yang sesuai untuk mana-mana pemain yang tidak boleh memberikan sumbangan penting.

Dia memberi bayangan bahawa para pemain tersebut akan disingkirkan tidak lama lagi, mungkin seawal bulan depan.

Gordon berkata: "Ia terpulang kepada pengurus untuk memutuskan apa yang dia mahu dalam skuadnya dan posisi yang perlu dipertingkatkan.

"Orang-orang yang berada di sini perlu meningkatkan dan memastikan mereka berada dalam rancangan pengurus, terutamanya sehingga Januari.

"Jadi terpulang kepada kita sendiri untuk memastikan persembahan bagus di kelab sebesar ini, jika persembahan anda tidak mencapai tahap yang diinginkan, anda boleh diganti. - Evening Times UK

Craig Gordon, Celtic

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain