suria

Ledakan hatrik Messi bantu Barca benam Levante 5-0

Messi meraikan kemenangan Barca bersama rakan sepasukannya. - AP

LIONEL MESSI membenamkan Levante dengan bergaya apabila meledak hatrik, manakala dua gol lagi dijaringkan oleh Luis Suarez dan Gerard Pique pada perlawanan yang berlangsung awal pagi Ahad.

Menurut laporan ESPN, Barcelona berjaya menundukkan Levante 5-0 untuk menebus tiga mata di depan Sevilla bagi meletakkan mereka di puncak La Liga.

Barca mengalami kekalahan tunggal pada liga musim lalu di Levante, tewas 5-4 di Valencia pada Mei, tetapi tidak nampak seperti mereka mahu kalah sekali lagi di sini sebaik sahaja Suarez membuka perlawanan pada babak pertama.

Messi kemudian menjaringkan tiga gol berikutnya Barca sebelum menyediakan pemain pertahanan Pique untuk menamatkan permainan dengan jaringan gol kelima Barca pada minit ke-88.

Barca kini memiliki dua penjaring terbaik liga dan sekiranya kelab itu mengekalkan momentum, sukar untuk membayangkan gelaran juara tidak menjadi milik mereka sekali lagi.

Ernesto Valverde terpaksa memanfaatkan formasi 3-5-2 selepas lutut Nelson Semedo mengalami kecederaan dan mengundur diri lebih awal, walaupun Barcelona tidak biasa dengan formasi tersebut, Messi memimpin pasukannya dengan kemenangan mudah. - ESPN/Goal

Lionel Messi

Artikel Lain