suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia kempunan, Vietnam julang trofi Piala AFF Suzuki 2018

KUALA LUMPUR:  Impian pasukan Malaysia menjulang trofi Piala  AFF Suzuki buat kali kedua tidak kesampaian apabila tewas di tangan Vietnam 1-0 (agregat 3-2) pada aksi aksi kedua di Stadium My Dinh, Hanoi Sabtu malam.

Skuad Harimau Malaya membawa bekalan dua gol ke Hanoi selepas aksi pertama Selasa lalu, namun dikejutkan seawal minit ketujuh sepakan padu oleh Nguyen Anh Duc.

Permainan pantas yang ditunjukkan anak buah pengendali kelahiran Korea Selatan Park Hang-seo itu sukar dikejar barisan pemain negara.

Bagaimana pun, anak buah Tan Cheng Hoe mula mendapat rentak selepas 20 minit permainan dan mula mengatur serangan.

Satu lagi peluang untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma minit ke-20 oleh Safawi Rasid.

Namun sepakan tersebut terkena benteng pemain-pemain tuan rumah.

Bersambung ke babak kedua, pasukan negara banyak mendominasi bola dengan beberapa percubaan namun ternyata tuah tidak memihak kepada mereka.

Sementara itu, kemenangan kali ini menyaksikan Vietnam berjaya merakam rekod kedua bergelar juara selepas tahun 2008.

Manakala kali terakhir Malaysia menjulang trofi tersebut pada tahun 2010.

Piala AFF

Artikel Berikut

Artikel Lain