Giroud belum putus asa, akui cemburu dengan rakan-rakan yang rangkul trofi EPL - Sukan | mStar

Giroud belum putus asa, akui cemburu dengan rakan-rakan yang rangkul trofi EPL

OLIVER Giroud mengakui dia tidak pernah ada perasaan putus asa dalam mengejar impian merangkul trofi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penyerang Perancis itu menyertai Chelsea Januari lalu dan telah menjulang trofi Piala FA.

Namun pemain berusia 32 tahun itu tetap menginginkan piala Liga Perdana berbanding Liga Juara-Juara.

"Saya lebih suka berada di kelab besar berbanding bermain setiap minggu dengan pasukan yang bukan prestij. Saya masih mempunyai sasaran.

"Menang Liga Perdana adalah impian terakhir saya sebagai pemain bola sepak, keinginan lebih daripada menjuarai Liga Juara-Juara kerana saya tahu amat sukar untuk menjuarai liga.

"Saya mempunyai rakan-rakan yang telah merangkulnya, jadi saya sedikit cemburu. Saya mahu jadikannya kenyataan.

"Lihat, saya tahu kami tewas kepada Wolves tetapi menang ke atas Manchester City. Jadi jangan nilai saya sudah berputus asa terhadap impian itu. Saya tidak mahu berakhir dengan kekecewaan," jelasnya.

Giroud yang berpindah ke Stamford Bridge dengan nilai 18 juta pound selepas enam tahun bersama Arsenal tanpa sebarang trofi liga, hampir merangkulnya pada tahun 2016 dengan berada di tempat kedua.

Sejak menyertai The Blues, pemain itu telah merakam 10 gol dalam 36 perlawanan, dan turut menjaringkan gol untuk seri 2-2 dalam saingan Liga Europa di Vidi Khamis lalu. -Dailymail.co.uk

Oliver Giroud , Chelsea

Artikel Sebelum

"Mereka tidak layak cakap pasal hoki"

Artikel Berkaitan

Artikel Lain