Atlet perlu pakai pakaian patuh syariah? Ini reaksi Syed Saddiq - Sukan | mStar

Atlet perlu pakai pakaian patuh syariah? Ini reaksi Syed Saddiq

Syed Saddiq minta agar atlet tidak diganggu.

PETALING JAYA: Jangan ganggu atlet dan hormati pilihan pakaian sukan mereka, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Menteri tersebut mempertahankan atlet selepas kenyataan tentang ahli sukan Terengganu harus memakai pakaian patuh syariah mulai 2019 dikeluarkan oleh kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS.

"Sila hormati pilihan wira dan wirawati kita. Jangan ganggu mereka.

"Saya akan mempertahankan mereka tanpa mengira pakaian mereka. Saya di sini kerana mereka," tulis beliau di halaman Facebook pada Isnin.

Menentukan pakaian yang harus dikenakan oleh para atlet adalah perkara membimbangkan kerana masa depan sukan seperti gimnastik, renang, dan bina badan akan terjejas, kata menteri itu.

Kata Syed Saddiq, ia adalah antara sukan yang diungguli oleh Malaysia memandangkan negara sudah meraih pelbagai pingat dalam acara sukan antarabangsa seperti Komanwel, Sukan Olimpik, Asia dan Sukan SEA.

"Sukan adalah untuk semua dan atlet kita ialah wira dan wirawati negara.

"Beberapa atlet telah menghubungi saya secara peribadi mengenai isu ini.

"Saya bertanggungjawab untuk mempertahankan mereka kerana mereka adalah aset negara.

"Terdapat ramai atlet Muslim yang menyumbang pingat kepada negara termasuk Farah Ann Hadi (gimnastik), Nur Dhabitah Sabri (renang) dan Sazali Samad (bina badan)," katanya.

Syed Saddiq berkata, pelumba basikal profesional Azizulhasni Awang yang menjadi juara dunia terkenal dan berasal dari Terengganu juga telah mencapai pengiktirafan antarabangsa tanpa mengira pilihan pakaian yang dikenakannya.

Pada Ahad, Bernama melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata langkah itu adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri meletakkan Islam sebagai tonggak pentadbiran utama, termasuk sukan.

Beliau berkata, sebagai permulaan, semua pemain bola sepak beragama Islam di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu dikehendaki memakai pakaian patuh syariah dalam semua kejohanan, sama ada di dalam atau di luar negeri. - The Star

Syed Saddiq

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain