suria

Warrior Challenge diangkat sebagai Sukan Peringkat Nasional tahun depan

Syed Saddiq (kanan) melepasi rintangan dalam acara larian Kategori Open Heat pada Majlis Worrior Challenge 3.0 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada Sabtu. Foto: Bernam

KUALA LUMPUR: Sukan Lasak Warrior Challenge akan diangkat sebagai Sukan Peringkat Nasional pada tahun hadapan, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Katanya aktiviti itu bukan sahaja merupakan satu cabang sukan, tetapi dapat melatih daya kepimpinan serta menguji mental dan fizikal seseorang.

“Perkara ini harus diteruskan dan saya sangat gembira kerana ada aktiviti amal sekali, di mana sebahagian daripada duit yang dikumpul akan disumbangkan kepada Tabung Pahlawan, kerana tanpa perajurit tanah air, siapalah kita," katanya ketika merasmikan ‘Warrior Challenge 3.0' di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Sabtu.

Beliau yang turut menyertai acara itu juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam aktiviti seumpamanya bagi menjadikan Malaysia sebagai negara bersukan.Turut hadir pada aktiviti hari ini adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.-Bernama

Warrior Challenge, Syed Saddiq

Artikel Lain