suria

Conmebol cadang Piala Dunia diadakan setiap dua tahun sekali

Perancis juara Piala Dunia Fifa 2018.

AKSI Piala Dunia kemungkinan boleh dipindahkan daripada setiap empat tahun kepada dua tahun sekali jika dipersetujui Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Presiden Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan (Conmebol) Alejandro Dominguez Wilson-Smith mengesah perbincangan telah dibuat dan kertas cadangan telah diserahkan kepada Fifa.

Perbincangan untuk menyambung Liga Negara-Liga Uefa turut dibuat bagi memastikan perlawanan dapat dilaksanakan di peringkat global.

"Cadangan yang kami buat kepada Fifa untuk bermain Piala Dunia dua tahun sekali, bukan setiap empat tahun," ujar Dominguez Wilson-Smith.

Alejandro Dominquez Wilson-Smith

Bulan lalu Fifa mengadakan persidangan di Rwanda dan perkara tersebut turut dibangkitkan.

"Dengan hanya mempunyai Liga Negara-Negara di antara tempoh itu, kita juga boleh teruskan setiap dua tahun dan mempunyai Piala Dunia, ia untuk semua.

"Ia juga untuk pemain kerana mereka boleh bermain empat aksi Piala Dunia jika kita menukar kepada dua tahun sekali.

"Jika kita kekal dengan tempoh empat tahun, kebanyakan pemain tidak dapat bermain lebih daripada dua kali.

"Terdapat banyak penyelesaian. Kita boleh mengadakan perlawanan di Eropah, Amerika Selatan, Amerika Utara, Afrika dan Asia tanpa tempoh yang panjang.

"Jadi kami nampak peluang di situ dan kertas cadangan diberikan kepada Fifa," tambahnya.-OneFootball

Piala Dunia

Artikel Lain