Bawa masuk pemain secara haram, Chelsea bakal berdepan hukuman berat - Sukan | mStar

Bawa masuk pemain secara haram, Chelsea bakal berdepan hukuman berat

Traore beraksi bersama Chelsea semasa masih dibawah umur.

LIMA kelab Liga Perdana Inggeris bakal berdepan risiko dikenakan sekatan perpindahan pemain sebagai sebahagian daripada siasatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) berhubung tawaran kontrak terhadap pemain asing bawah 18 tahun.

Chelsea adalah satu daripada kelab tersebut dan akan dikenakan sekatan perpindahan pemain selama dua tahun kerana didakwa membawa masuk 14 pemain muda secara haram.

Fifa sedang menyiasat pemain yang dibawa masuk Chelsea selepas mendapati penyerang Burkina Faso, Bertrand Traore menyertai pasukan itu sebelum berusia 18 tahun pada 2014.

Dan kini The Times melaporkan keputusan Integriti dan Pematuhan Fifa mencadangkan agar Chelsea dikenakan sekatan pada empat jendela perpindahan pemain susulan 13 lagi kesalahan lain.

Chelsea turut dikenakan denda sebanyak 45, 000 pound sterling.

Difahamkan Traore beraksi dalam 25 perlawanan bersama Chelsea semasa di bawah umur tanpa didaftarkan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA).

Traore yang kini beraksi bersama Lyon selepas meninggalkan Chelsea dengan bidaan bernilai 8.8 juta pound sterling turut bersetuju dengan tawaran kontrak empat tahun setengah dengan The Blues meskipun pemain berusia bawah 18 tahun hanya dibenarkan menandatangani kontrak selama tiga tahun sahaja.

Chelsea tetap dengan pendirian bahawa mereka tidak bersalah dalam isu itu.

"Kelab memberi kerjasama penuh terhadap Fifa dan menyediakan bukti komprehensif yang menunjukkan kami patut terhadap peraturan Fifa.

"Kami tidak akan mengulas lanjut mengenai spekulasi berhubung kontrak sulit atau perkara berkaitan pemain," kata Chelsea kepada Press Association Sport.

Dalam pada itu, identiti empat lagi kelab tidak didedahkan tetapi Fifa mengesahkan urusan pembelian pemain muda Manchester City turut tengah disiasat. - Metro.co.uk

Chelsea , Fifa

Artikel Sebelum

Hazard tentukan masa depan di hujung musim

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi