Young yakin versatil kunci utama bertahan di United, mahu sambung kontrak - Sukan | mStar

Young yakin versatil kunci utama bertahan di United, mahu sambung kontrak

Ashley Young

ASHLEY Young dilaporkan dalm perbincangan bersama Manchester United berkaitan dengan kontraknya.

Kontrak semasa pemain veteran bersama United bakal berakhir musim ini.

United memberi tempoh tambahan 12 bulan kepada Young yang menerima 130,000 pound seminggu ketika sambungan kontrak dibuat Mac lalu, namun dia bakal menajdi pemain bebas sebaik sahaja tamat musim ini.

Pemain berusia 33 tahun itu mahu meneruskan kariernya di Old Trafford dan cuba untuk dapatkan kontrak untuk dua tahun, namun difaham kontrak pilihan hanya ditawarkan 12 bulan sahaja.

Young menyertai United dari Aston Villa dengan nilai 17 juta pound pada tahun 2011 dan kini merupakan kapten skuad Jose Mourinho itu, menggantikan Antonio Valencia yang diketepikan kerana kecederaan.

Bekas pemain Watford itu juga telah bertukar posisinya daripada pemain sayap kepada pertahanan sejak beberapa musim lalu.

Young percaya kelebihan bermain dalam pelbagai posisi antara kunci utama dia bertahan di United dalam tempoh yang panjang.

"Saya seorang pemain serba boleh, boleh bermain di mana-mana posiri dan mempunyai pengetahuan yang baik dalam bola sepak walaupun semakin tua.

"Kamu akan tahu dengan sendiri ke mana harus pergi sebaik sahaja berada di padang, untuk bertahan dan itulah yang saya buat," jelas Young.

Ashley Young , Manchester United

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi