suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suarez-Pique 'bertikam lidah' selepas Barcelona tewas 4-3 kepada Real Betis

Suarez dan Pique (kanan) bertengkar ketika aksi tewas kepada Real Betis Ahad lalu. Foto:Movistar

LUIZ Suarez 'naik angin' terhadap Gerard Pique ketika aksi di Now Camp selepas Barcelona tewas 4-3 kepada Real Betis.

Kedua-dua pemain itu bertikam lidah pada aksi Ahad lalu yang menyaksikan kekalahan kedua mereka dalam aksi Liga Sepanyol.

Ketika perlawanan tersebut, stesen televisyen Movistar sempat merakam adegan kedua-dua pemain itu yang mengeluarkan kata-kata marah antara satu lain yang kelihatan Suarez memberi amaran kepada rakan sepasukannya itu.

Suarez kelihatan tertekan selepas gagal menjaringkan sebarang gol pada aksi Ahad lalu.

Suarez kelihatan marah dan berkata: 'Now you're going to f*** me for a pass, do not f*** with me', ujar bekas pemain Liverpool itu.

Pique pula membalas dan cuba mententeramkan rakannya itu berkata: "Well, that's it."

Suarez kelihatan tertekan kerana gagal mendapat sebarang jaringan pada perlawanan tersebut.

Barcelona masih kekal berada di tangga teratas dengan 24 mata daripada 12 perlawanan.

Luis Suarez, Gerard Pique, Barcelona

Artikel Lain