suria

United tewaskan Juventus pada saat akhir, ada harapan masuk Liga Juara-Juara

United berjaya tewaskan Juventus pada saat akhir. - Foto Getty Images

MANCHESTER United meraih kemenangan tidak diduga pada saat akhir dan berjaya menundukkan Juventus 2-1 sekali gus menghidupkan kembali harapan kelab itu untuk mara sebagai 16 pasukan terpilih untuk menyertai Liga Juara-Juara.

Jaguh Itali itu pula mencari tiga mata cukup-cukup untuk mendapatkan tempat teratas dalam kumpulan selepas pembukaan cemerlang oleh Cristiano Ronaldo.

Namun, pengenalan oleh Juan Mata dan Marouane Fellaini mengubah rentak perlawanan buat United.

Mata membuat sepakan percuma melepasi dinding Juventus dari tepi kotak penalti untuk menyumbat gol kemenangan lima minit sebelum wisel penamat ditiup.

Keputusan perlawanan itu mengangkat United ke kedudukan kedua dalam Kumpulan H dan meningkatkan peluang kelab tersebut untuk layak ke 16 terbaik Liga Juara-Juara.

Akan datang, anak buah Jose Mourinho bakal berdepan dengan City dalam perlawanan derby dan berharap dapat mengulang persembahan ketika menentang Turin. - Eurosport

Manchester United, Juventus

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain