suria

Henry tolak tawaran Aston Villa, buka peluang buat Terry

THIERRY Henry menolak tawaran Aston Villa bagi menggantikan pengurus Steve Bruce.

Bekas penyerang Arsenal itu lebih berminat untuk kembali ke Monaco yang menjadi kelab dia memulakan karier profesionalnya pada tahun 1994.

Dengan keputusan itu, Villa meneruskan pencarian calon terbaik termasuk Rui Faria dan John Terry.

Terry yakin untuk kembali ke kelab yang dia mempamerkan aksi terakhir musim lalu.

Manakala Faria pula dilihat sebagai pencabar tulen selepas meletak jawatan sebagai pembantu utama Jose Mourinho bagi mengejar impiannya menjadi seorang pengurus.

Ketua eksekutif kelab, Christian Purslow mahu bertemu dengan semua calon termasuk juga Dean Smith dan Brendan Rodgers.

Sebelum ini Sportsmail mendedahkan Villa tekad untuk melantik Henry yang menjadi pilihan utama pemilik bersama kelab Nassef Sawiris yang mempunyai tiket bermusim di Arsenal.

Namun tarikan kejayaan Leonardo Jardim di Monaco ketika zaman kegemilangannya dulu membuatkan Henry setuju untuk berbincang dengan kelab Ligue 1 itu.

Bekas penyerang Arsenal berusia 41 tahun itu dilihat individu paling sesuai setakat ini, yang juga merupakan graduan daripada Akademi Monaco dan merekodkan 141 perlawanan bersama kelab.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain