suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hazard boleh 'kalahkan' Messi, Ronaldo

Eden Hazard. Foto Reuters

PENGURUS Chelsea, Maurizio Sarri memberi cabaran kepada Eden Hazard, dengan menggesa pemainnya mengalahkan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo untuk menjadi pemain terbaik dunia.

Hazard dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid pada musim panas tetapi kekal di Chelsea.

Walaupun perpindahan pemain Sepanyol tidak ditutup sehingga akhir bulan ini, namun penyerang skuad kebangsaan Belgium itu hampir pasti berada di London setelah diberitahu beliau tidak dijual.

Hazard merupakan antara barisan yang membawa kemenangan ketika bertemu Huddersfield, minggu lalu.

Sarri akan memerlukan Hazard, pemain berusia 27 tahun itu untuk mencapai misi unyuk memecah dominasi dua pemain terbaik, Messi dan Ronaldo di anugerah Ballon d'Or sepanjang sedekad lalu sekiranya Chelsea mempunyai harapan untuk bersaing dengan Manchester City.

Bagaimanapun, pengurus baharu Chelsea itu percaya penyerangnya adalah seorang luar biasa mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi yang terbaik di dunia. - Mail Online UK


Eden Hazard

Artikel Lain