suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kroos tidak bersetuju alasan rasis punca Ozil bersara

PEMAIN tengah Jerman, Toni Kroos menganggap dakwaan terdapat rasis dalam Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB) oleh Mesut Ozil adalah mengarut.

Sebelum ini Ozil mengambil keputusan bersara daripada arena antarabangsa selepas Jerman tersingkir daripada saingan awal Piala Dunia Jun.

Perancang utama itu berasa tertekan dengan layanan rasis oleh DFB, penyokong malah segelintir daripada ahli politik selepas dia mengambil gambar bersama presiden kontroversi Turki, Recep Tayyip Erdogan.

"Secara asasnya, Mesut masih layak sebagai pemain kebangsaan dan perlu menamatkan kariernya dengan cara yang lebih baik.

"Saya beberapa tahun bermain bersama Mesut dan tahu dia adalah seorang yang baik.

"Cara dia bersara adalah tidak okay. Sayangnya kenyataan untuk bersara lebih banyak dibanyangi dengan penjelasan mengarut.

"Saya yakin dia tahu bahawa tidak ada rasis dalam skuad kebangsaan dan DFB.

"Kami sentiasa komited dalam perbezaan dan integrasi. Mesut adalah contoh yang baik, seperti mana pemain-pemain.

"Dia dikritik kerana gambarnya - dan ia patut. Dia tidak ada peluang untuk mempertahankan dirinya. Bagaimana pun dia sentiasa menerima sokongan pemimpin dan pasukan," jelasnya.

Tony Kroos

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain