suria

De Bruyne dedah pernah hilang sabar dengan Mourinho

KEVIN de Bruyne mendedahkan dia pernah berdepan musim sukar di Chelsea semasa dibawah pimpinan bekas jurulatih Jose Mourinho.

Bukan itu sahaja, Kevin berkata dia pernah hilang sabar dengan cara layanan Mourinho terhadap dirinya.

"Saya hanya berusia 20 tahun apabila saya memutuskan untuk menyertai Chelsea dan saya dapat beraksi dalam beberapa perlawanan. Saya fikir ia okay, segalanya akan berjalan dengan baik, saya bermain dengan baik, kami menang perlawanan.

"Namun suatu hari ia terhenti. Mengenali saya, saya hilang sabar pada masa itu, jadi saya buat keputusan untuk pergi pada Januari," katanya.

Mourinho terkenal dengan sifat provokatif.

Beberapa pemain seperti Willian dan Zlatan Ibrahimovic suka pendekatan sebegitu.

Namun, De Bruyne dan baru-baru ini Anthony Martial mendapati ia amat menjengkelkan.

Mood Mourinho sentiasa berubah-ubah, ada kalanya dia okay, ada kalanya tidak.

Pengendali kelahiran Portugal itu juga seorang yang sarkastik terutamanya apabila diajukan beberapa soalan panas.

De Bruyne dibeli oleh Chelsea pada 2012 tetapi hanya membuat tiga penampilan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah Mourinho.

Pemain kebangsaan Belgium itu kemudian dijual kepada Wolfsburg selepas 18 bulan berada di Stamford Bridge dan akhirnya berjaya membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain terbaik dunia.

Prestasi cemerlangnya di Jerman membolehkan dia dibida sebanyak 55 juta pound sterling oleh Manchester City pada 2015.

Kevin de Bruyne, Jose Mourinho

Artikel Lain