suria

Neville akui ganti Mourinho kemudi United bukan penyelesaian terbaik

Neville mempersoalkan lembaga United kerana gagalan memihak kepada Mourinho dalam pasaran perpindahan. - Reuters

LEGENDA Manchester United, Gary Neville mengakui dia berasa sukar untuk melihat Manchester United selepas Jose Mourinho ingin mengubah identiti kelab tersebut.

Namun, dia berkata bahawa menggantikan pengurus Portugis itu mungkin bukanlah penyelesaian terbaik.

Pengurus United itu dikritik hebat selepas menukar gaya United daripada tempo serangan tinggi kepada pendekatan lebih defensif.

Tetapi Mourinho masih berkeras dia melakukan kemajuan di kelab tersebut selepas terpaksa berpuas hati di tempat kedua dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Neville mempersoalkan lembaga United di atas kegagalan mereka untuk memihak kepada Mourinho dalam pasaran perpindahan musim panas itu.

Namun, dia memberitahu podcast Second Captain bahawa jenama bola sepak itu yang dipromosikan oleh pengurus Chelsea tidak seiring dengan tradisi kelab tersebut.

"Ajax, Manchester United dan Barcelona adalah tiga benteng kelab bola sepak Eropah daripada segi gaya perlawanan.

"United sentiasa bermain dengan formasi 4-4-1-1, 4-4-2. Ia sudah sebati dengan kelab. Jangan ubah, jangan buat keputusan jangka pendek.

Mourinho. - AFP

"Penyokong tidak gembira, stadium semakin kosong dan kemudian mereka fikir 'betul, kita harus menang', dan mereka bawa masuk Jose Mourinho yang suka pemain berkuasa, tegap dan kuat.

"Mourinho bawa masuk Lukaku, Matic, Fred, Bailly dan beberapa lagi pemain yang kena dengan gayanya.

"Dia suka ada pemain yang memiliki fizikal yang tegap, tapi penyokong United nampak terseksa untuk menyaksikan perlawanan," kata Neville.

Neville turut berkata, perubahan yang dibuat Mourinho akan mengambil masa lama untuk berhasil.

Memetik laporan Independent, Neville turut mempertimbangkan pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino untuk mengambil alih pasukan di Old Trafford.

Pochettino menandatangani kontrak baharu untuk kekal di Tottenham pada awal tahun ini, tetapi dia telah menjadi salah seorang kegemaran 'bookie' untuk mengambil alih United jika kelab itu memutuskan untuk membuat perubahan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Gary Neville, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain