suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PSG sah ikat Kehrer

Foto: Schalke 04

PARIS St Germain (PSG) mengesahkan pemain berprofil tinggi Jerman sudah menjadi miliknya.

PSG mengikat pemain pertahanan Thilo Kehrer dari Schalke 04 dengan kontrak lima tahun.

Bagaimana pun PSG tidak mendedahkan jumlah perpindahan pemain tersebut, namun media Perancis melaporkan kelab membayar 33 juta pound untuk mendapatkan pemain berusia 21 tahun itu.

"Semua orang di Eropah sedar dengan projek kelab ini dan saya yakin tidak ada kelab lain yang hebat untuk meneruskan kemaraan dan mencapai objektif saya," ujar Kehrer di laman kelab rasmi kelab.

Kehrer merakam empat gol dalam 59 penampilan semua perlawanan ketika bersama Schalke.

Dia merupakan salah seorang pemain penting ketika membantu Schalke menamatkan di kedudukan kedua, belakang Bayern Munich dalam aksi Bundesliga musim lalu.

Kehrer juga turut membantu Jerman merangkul trofi Euro Bawah 21 di Poland tahun lalu.

PSG, Thilo Kehrer

Artikel Lain