suria

Pochettino sedia lepaskan pemain yang tidak gembira

Mauricio Pochettino

MAURICIO Pochettino mendedahkan dia bersedia membebaskan mana-mana pemain yang tidak gembira sebelum kempen Eropah bermula.

Walaupun Spurs tidak membeli pemain sepanjang jendela perpindahan dibuka sehingga 9 Ogos lalu, kelab itu sanggup menjual pemain yang tidak gembira berada di situ.

Spurs menjadi kelab pertama Liga Perdana Inggeris yang tidak membuat sebarang pembelian musim ini sejak ia diperkenalkan pada tahun 2003.

Bagaimana pun jendela untuk Liga Eropah masih dibuka sehingga akhir Ogos dan peluang ini akan digunakan oleh pemain Spurs untuk berhijrah.

Beberapa bilangan pemain yang dijangka akan meninggalkan London termasuk Toby Alderweireld, Danny Rose, Georges-Kevin N'Koudou dan Vincent Janssen.

Menurut Pochettino, dia lebih gembira berbuat demikian. walaupun sudah pasti keputusan tersebut tidak ada pengganti sehingga Januari ini.

"Mungkin, ya, kami akan melihat beberapa pemain yang percaya mereka boleh mencapai impian di kelab lain.

"Mungkin mereka akan berpindah.

"Perkara akan berlaku dalam tempoh dua minggu bagi individu secfara berbeza-beza," jelasnnya

Pochettino

Artikel Lain