suria

Kritik kelab, Poyet digantung tugas seminggu

GUS Poyet digantung tugas sebagai pengurus Bordeaux gara-gara mengkritik kelab pada satu sidang media.

Menurut laporan Mailonline, ketika sidang media berlangsung, pegawai media cuba menamatkan sesi soal jawab, namun dimarahi Poyet.

Poyet kelihatan agak bengang dengan kelab apabila menjual penyerangnya Gaetan Laborde kepada Montpellier dengan harga 4.5 juta pound.

Apabila pegawai media cuba menghentikan sidang media, Poyet berkata: "Saya akan putuskan bila perlu tamat. Hanya saya yang buat keputusan."

Selepas itu dia berkata: "Saya tidak gembira, ini adalah hari buruk saya di kelab. Apa yang telah kelab buat terhadap Gaetan Laborte adalah memalukan.

"Saya fikir kita perlu berhenti di sini. Saya ada beritahu kelab supaya jangan lepaskan dia sehingga membeli orang lain.

"Mereka tidak mencari pemain lain dan melepaskan Laborde pergi.

"Saya tiba pukul 11.35 pagi. Laborde tidak ada di situ. Dia berada di Montpellier. Tiada siapa yang beritahu saya apa-apa.

"Saya mahu bercakap dengan ejen dan akan buat keputusan. Saya tidak tahu bagaimana perkara ini akan tamat. Adakah saya masih ada keiginan untuk teruskan? Tidak. Mereka telah menentang saya, pemain-pemain dan penyokong.

"Saya perlukan penjelasan daripada kelab: daripada pemilik atau presiden. Mereka akan menjelaskan kepada saya pada Jumaat dan akan lihat sama ada saya teruskan atau tidak.

"Adakah saya akan meletak jawatan? Saya tidak tahu," jelasnya.

L'Equipe pada Jumaat melaporkan bahawa Poyet telah digantung oleh kelab.

Dilaporkan, Poyet telah bertemu presiden Stephane Martin pukul 9 pagi dan beredar 10 minit kemudian.

Martin telah memaklumkan dalam satu sidang media bahawa Poyet digantung selama seminggu, tetapi belum ada keputusan dibuat sama ada untuk terus buang bekas pengurus Brighton dan Sunderland itu.

Gus Poyet, Bordeaux

Artikel Sebelum

Artikel Lain