suria

Adegan pornografi cemari perlawanan Piala Carabao

PENYOKONG Bristol Rovers dikejutkan dengan adegan pornografi semasa menyaksikan pertembungan Piala Carabao antara The Pirates dengan Crawley Town, malam Selasa.

Pada minit ke-45, tayangan skrin di kawasan terbuka di Stadium Memorial tiba-tiba bertukar dari Sky Sports News ke siaran TV, Babestation.

Ratusan penyokong termasuk kanak-kanak secara tiba-tiba ’disajikan’ dengan imej lucah sehingga keadaan menjadi gamat seketika.

Bristol Rovers percaya seseorang telah menggunakan alat kawalan universal untuk menukar siaran tersebut.

“Perkara itu sedang disiasat, namun pasukan percaya mereka ada bukti individu yang bertanggungjawab melakukannya dan akan mengendalikan kes itu dengan sewajarnya,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan pasukan tersebut.

Meskipun menang dengan 2-1, pasukan Rovers dilayangkan dengan lima kad kuning dan salah seorang pemainnya diperintah keluar padang.

Kyle Bennet membuka jaringan awal untuk Rovers sebelum Ollie Clark melengkapkan gol kedua pada minit ke-84.

Crawley Town bangkit menjaringkan satu gol menerusi Mark Connolly ketika perlawanan berbaki dua minit, namun ia sudah terlambat untuk menyekat kemaraan pasukan tuan rumah.

pornografi, Piala Carabao

Artikel Sebelum

Artikel Lain