suria

Costa cipta sejarah, ledak gol terpantas

BINTANG Atletico Madrid Diego Costa mencipta sejarah dalam saingan Piala Super UEFA apabila menjaringkan gol terpantas ketika menentang Real Madrid di pentas final.

Costa berjaya melepasi penjaga gol Keylor Navas selepas 53 saat di Tallinn, Estonia.

Pemain Sepanyol itu turut menanduk masuk gol kedua pada minit ke-79.

Pada aksi penuh mendebarkan itu, Atletico ketinggalan 2-1 sebelum bangkit mencipta kemenangan 4-2.

Costa berjaya memadam rekod dicipta Ever Banega yang meledak gol dalam masa tiga minit ketika menentang Barcelona pada 2015.

Bekas penjaga gol Chelsea, Tibaut Courtois tidak diturunkan pada pertembungan final itu.

Courtois memuktamadkan perpindahan bernilai 30 juta pound sterling ke Santiago Bernabeu, minggu lalu selepas enggan kembali ke London.

Real beraksi dalam perlawanan kompetitif buat pertama kalinya tanpa Cristiano Ronaldo yang membuat keputusan untuk berhijrah ke Juventus, bulan lalu.

Diego Costa, Piala Super UEFA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain