suria

Kasut Emas EPL milik siapa?

TROFI juara Liga Perdana Inggeris (EPL)  dan Liga Juara-Juara pastinya menjadi tumpuan, namun satu lagi yang bakal mencuri tumpuan peminat bola sepak dunia.

Kasut Emas EPL menjadi rebutan semua pemain liga yang menjadi penanda aras kepada kehebatan masing-masing.

Musim lalu, pemain Liverpool, Mohamed Salah mengetepikan Harry Kane (Spurs) untuk meraih gelaran individu terbaik itu dengan 32 gol dalam kempen 38 perlawanan.

Manakala Kane menjaringkan 30 gol keseluruhannya musim lalu.

Namun musim ini masih menjadi teka-teki memandangkan terdapat beberapa lagi pemain prolifik yang mampu merangkulnya.

Harry Kane

Selain bintang Mesir  dan England itu (Kane), tiga lagi yang perlu diberi perhatian termasuk pemain Manchester City, Sergio Aguero yang telah menunjukkan taringnya lebih awal ketika saingan Piala Perisai Komuniti bertemu Chelsea Ahad lalu.

Aguero menyumbat dua gol sekaligus memberi kemenangan kepada skuad Pep Guardiola ini.

Manakala seorang lagi ialah bintang Manchester United Romelu Lukaku yang merekodkan 16 gol musim lalu.

Bintang Belgium itu mempamerkan aksi terbaik ketika saingan Piala Dunia bulan lalu yang menjadikan dia terus diberi perhatian dalam skuad Jose Mourinho.

Seorang lagi merupakan pemain Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang.

Aubameyang yang berpindah dari Borussia Dortmund Januari lalu meledak sepuluh gol dalam 13 penampilan liga untuk The Gunners.

Kasut Emas, EPL

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain