suria

Chelsea ikat Arrizabalaga dengan rekod dunia

CHELSEA mengikat Kepa Arrizabalaga dengan kontrak selama tujuh tahun.

Pemain dari kelab Athletic Bilbao itu merekodkan perpindahan dunia bagi penjaga gol dengan 72 juta pound selepas Thibaut Courtois dilepaskan.

Perpindahan Arrizabalaga melepasi jumlah bayaran tertinggi sebelum ini yang dibuat Liverpool untuk mendapatkan Alisson dengan 66.8 juta pound.

The Blues cuba mendapatkan Alisson, namun pemain Brazil itu lebih berminat bekerjasama dengan Jurgen Klopp.

“Ia keputusan penting buat saya, karier dan juga kehidupan peribadi.

“Banyak perkara yang menjadi faktor utama, semua gelaran sudah dijulang, sebab pemain-pemain, bandar dan Liga Perdana Inggeris,” ujar pemain berusia 23 tahun itu.

Selain itu, pada Rabu Real Madrid mengesahkan ketibaan Courtois dengan 35 juta pound untuk kontrak enam tahun.



Kepa Arrizabalaga, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain