suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Tak reti' bahasa, Pogba bukan untuk dijual!

Paul Pogba. Foto AFP

MANCHESTER United mengulangi pendirian bahawa Paul Pogba tidak dijual dan menegaskan bintang itu tidak meminta kenaikan gaji.

Masa depan Pogba di Old Trafford terjebak dalam keraguan apabila pemain itu memberitahu rakan sepasukan bahawa dia ingin meninggalkan kelab itu, di saat mendapat perhatian dari Barcelona.

Cakap-cakap mengatakan bahawa Pogba dan ejennya, Mino Raiola, yang membawanya kembali ke Manchester United dari Juventus dua tahun lalu, memancing untuk kontrak baharu.

Kontrak tersebut bagi menyamai jumlah tinggi yang diterima pemain Alexis Sanchez.

Bagaimanapun, Manchester United United menafikan Pogba telah meminta kenaikan gaji - dia dijangka memperoleh gaji pokok sebanyak £9.62 juta musim ini ditambah bonus £3.78 juta.

Ia sekali gus menunjukkan bahawa pemain tengah berusia 25 tahun itu tidak akan dijual. - Mail Online UK

Paul Pogba

Artikel Lain