suria

Sanchez desak United cari pemain berpengalaman

ALEXIS Sanchez mendesak Manchester United supaya mencari pemain-pemain yang berbakat besar dan berpengalaman.

Sanchez yang menyertai Arsenal musim lalu dengan kontrak gaji 500,000 pound seminggu mengakui United masih perlukan lebih ramai pemain terkenal untuk bersaing.

“Manchester United perlu keluar dengan niat untuk menang semuanya.

“Kami kelab besar. Kami telah mengharungi pra musim dan apa yang perlu dibuat adalah melakukan perkara yang betul ketika latihan. Di United, kami perlu mencari pemain-pemain yang berpengalaman.

“Barcelona baharu sahaja mendapatkan Arturo Vidal, yang merupakan pemain hebat dalam pasukan saya di Chile.

“Dia antara contoh pemain yang perlu kita dapatkan untuk bersaing merangkul trofi di peringkat tertinggi,” ujar Sanchez.

Pada Rabu, United dipercayai akan mencapai persetujuan bagi mendapatkan pemain baharu keempat sebelum jendela perpindahan ditutup pada Khamis.

Sebelum ini, pengurus Jose Mourinho berharap akan mendapatkan seorang lagi pemain baharu selepas timbul hubungan panas dengan Ketua Eksekutif kelab, Ed Woodward.

United telah berbelanja 75 juta pound bagi mendapatkan Fred, Diogo Dalot dan Lee Grant namun Mourinho bimbang ia tidak cukup kuat untuk mendekatkan jarak dengan juara bertahan, Manchester City.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain