suria

Kovacic sah sertai Chelsea secara pinjaman

MATEO KOVACIC sah menyertai kelab The Blues dari Real Madrid secara pinjaman.

Pemain berusia 24 tahun kelahiran Croatia itu pernah beraksi dalam Serie A, La Liga dan Liga Juara-Juara.

Kovacic ketika tiba di Stamford Bridge berkata: "Saya sangat gembira untuk berada di Chelsea.

"Ia merupakan perasaan yang menakjubkan. Saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk kelab ini.

"Ia adalah liga baharu buat saya. Semua permulaan adalah sukar tapi saya yakin jurulatih dan rakan sepasukan akan membantu saya.

"Tidak sabar untuk melalui musim yang hebat," katanya.

Pengarah Chelsea Marina Granovskaia menambah: "Kami amat gembira untuk menyambut Mateo ke keluarga Chelsea.

"Dia amat sempurna untuk musim ini. Gayanya sesuai dengan kehendak Maurizio dan kami yakin dia akan membuktikan bahawa dia aset berharga untuk kelab ini."

Kovacic merupakan pemain tengah yang cekap dan pantas.

Memetik laporan oleh laman web kelab itu, Kovacic mampu mengawal bola dan melakukan hantaran dengan baik.

Pemain itu berjaya mencuri perhatian ketika masih muda dan selepas menyertai akademi Marina Granovskaia sewaktu remaja, dia berjaya menempatkan diri dalam pasukan pertama tidak lama selepas itu.

Kovacic menjadi penjaring termuda dalam sejarah bola sepak Croatia ketika berusia 16 tahun.

Mateo Kovacic

Artikel Berikut

Kasut Emas EPL milik siapa?

Artikel Lain