suria

United berdepan musim sukar

JOSE Mourinho mengakui Manchester United berdepan musim sukar melainkan jika mereka memperkukuhkan skuad sebelum jendela perpindahan pemain ditutup pada Khamis.

United tewas 0-1 di tangan Bayern Munich dalam aksi pra musim mereka di Jerman pada Ahad.

Javi Martinez menanduk masuk gol kemenangan Bayern pada babak kedua yang menyaksikan kelab Jerman itu mendominasi keseluruhan perlawanan.

"CEO saya tahu apa yang saya mahu dan saya masih ada beberapa hari untuk tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.

"Kelab lain yang bersaing dengan kami amat kuat dan hebat. Atau mereka melabur besar-besaran seperti Liverpool yang membeli segalanya dan pemain terbaik.

"Jika kita tidak menjadi sebuah pasukan yang lebih baik, ia akan jadi musim sukar untuk kita," katanya

United sudah mendapatkan tiga muka baharu musim ini iaitu pemain tengah Brazil, Fred, pemain pertahanan Portugal, Diogo Dalot dan penjaga gol pilihan ketiga, Lee Grant.

Red Devils akan berdepan Leicester City pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford pada Jumaat.

Manchester United, Jose Mourinho

Artikel Berikut

Artikel Lain