suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Saya gembira di sini" - Willian

WILLIAN menyangkal dakwaan bahawa dia mahu meninggalkan Chelsea selepas beraksi di bawah kendalian Maurizio Sarri buat pertama kalinya pada Ahad.

Pemain kebangsaan Brazil itu beraksi 30 minit ketika pasukan itu tewas 0-2 di tangan Manchester City pada saingan Piala Perisai Komuniti.

Willian sebelum ini terlepas latihan selama lima hari ekoran masalah pasport.

Namun ketidakhadiran Willian menguatkan lagi dakwaan dia bakal meninggalkan Stamford Bridge.

Real Madrid, Barcelona dan Manchester United antara kelab yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Namun pemain berusia 29 tahun itu menegaskan dia gembira bersama Chelsea ketika ini.

"Saya gembira di sini. Saya tidak sabar untuk beraksi dengan lebih baik dan menang trofi," katanya.

Nasib tidak menyebelahi Chelsea di Wembley apabila pasukan itu tewas kepada City pada saingan Piala Perisai Komuniti.

Dalam perlawanan itu, Sarri hilang khidmat tonggak utamanya, Eden Hazard dan N'Golo Kante tetapi menggesa anak buahnya meningkatkan usaha mereka untuk merapatkan jurang mata dengan City.

"Pada babak pertama perlawanan agak seimbang. Pada babak kedua ada sedikit perbezaan dari sudut fizikal.

"Kami perlu berusaha keras. Kempen pra musim kami agak gila, jadi kami perlu bekerja keras," katanya.

Chelsea akan memulakan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan bertandang ke Huddersfield pada Sabtu.

Susulan itu, Sarri berkata dia perlu melengkapkan urusan perpindahan pemain baharu selewat-lewatnya pada Khamis ini.

Willian, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain