suria

“Berundur jika tak mampu” - Annuar tegur Kafa

PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa menasihatkan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)supaya berundur jika tidak mampu menguruskannya lagi.

Bekas presiden Kafa itu berkata demikian susulan situasi The Reds Warriors (TRW) musim ini yang dicalit pelbagai kontroversi, terutama masalah hutang dan tunggakan.

"Persiapan untuk musim 2019 harus bermula sekarang.

"Saya ramalkan TRW kekal liga super kiranya nasib menyebelahi kita. Justeru persiapan perlu mula sekarang," ujarnya dalam status di Facabooknya pada Ahad.

Jelas Annuar, TRW perlu tiga hingga empat  pemain bintang tempatan serta lima pemain import berkualiti.

"InsyaAllah meletop kembali. Saya undur diri untuk beri laluan kepada yang lebih mampu mencari dana dan tajaan RM12 juta dan uruskan hutang serta tunggakan.

"Kalau itu tak siapa yang mampu,  elok berunding awal dan beri pada yang mampu secara muafakat.

"Yang penting bola kelantan mesti kembali cemerlang. Saya yakin kita boleh," jelasnya.

Kelantan kini berada ditangga tercorot liga selepas hanya mengutip 18 mata daripada 22 perlawanan.

Annuar Musa, TRW

Artikel Sebelum

Artikel Lain