Mourinho kecewa dengan kelab - Sukan | mStar

Mourinho kecewa dengan kelab

JOSE Mourinho mendedahkan dia kecewa dengan Ed Woodward berikutan kurang 'membeli' pemain baharu musim ini.

Mourinho memberitahu dia mahu dua orang pemain baharu sebelum jendela perpindahan ditutup pada 9 Ogos ini, namun kecewa kerana hanya mungkin akan dapat seorang sahaja.

Jelas Mourinho, dia telah menyerahkan lima nama pemain kepada ketua eksekutif kelab itu dan kini masih menunggu mendapatkannya.

United difahamkan sedang mencari pemain pertahanan, yang menyaksikan Harry Maguire dari Leicester jadi pilihan dan seorang penyerang.

"Saya mahu dua lagi pemain. Saya rasa tidak akan mendapat dua orang. Kemungkinan hanya dapat seorang.

"Dan salah seorang itu berada dalam senarai lima pemain yang diserahkan kepada kelab dua bulan lalu. Kini masih menunggu jika dapat atau tidak seorang pemain itu.

"Kalau ada, mungkin ada. Kalau ada ia sangat bagus, dan jika tidak ada kami akan terus berjuang dan bekerja serta percaya dengan pemain yang sedia ada," jelas Mourinho.

Mourinho sebelum ini telah dimaklumkan bahawa dia perlu menjual dahulu sebelum membeli pemain lain.

Ia mungkin akan melepaskan Anthony Martial dan Marcos Rojo.

Namun, dia mungkin kesuntukan masa dengan tempoh dua minggu lagi sebelum membuka tirai musim baharu bertemu Leicester City.

Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Zainuddin Maidin meninggal dunia

Enam lagi ahli Parlimen Umno keluar parti