Chong Wei jalani rawatan di Taiwan - Sukan | mStar

Chong Wei jalani rawatan di Taiwan

Lee Chong Wei

PETALING JAYA: Datuk Lee Chong Wei sedang menjalani rawatan di Taiwan untuk memulihkan penyakit yang mengancam kariernya.

Pemain berusia 35 tahun itu akan berada di Taiwan selama dua bulan.

Chong Wei menyedari sesuatu tidak kena selepas memenangi Terbuka Indonesia di Jakarta, awal bulan ini.

Jaguh badminton negara itu menarik diri dari Kejohanan Dunia di Nanjing, China bermula Isnin dan juga Sukan Asia di Jakarta dan Palembang yang akan berlangsung bulan depan.

Difahamkan Chong Wei berusaha keras untuk memulihkan kesakitan yang dialaminya dan kembali semula ke gelanggang.

Rakyat Malaysia turut mendoakan kesihatannya.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Setiuasaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai meminta media dan orang ramai supaya memberi ruang kepada Chong Wei dan keluarganya.

"Kami mendoakan agar dia cepat sembuh dan kembali menjalani latihan," katanya.

Dalam kenyataan itu juga, BAM memberitahu Chong Wei tidak sihat dan menghadapi masalah berkaitan pernafasan.

Beliau memberitahu Chong Wei dinasihatkan doktor supaya berehat dan menjalani rawatan pemulihan.

Sementara itu, Presiden BAM Datuk Seri Norza Zakaria berkata mereka telah memberi ruang kepada Chong Wei untuk menjalani rawatan pemulihannya.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami menghormati privasi Chong Wei dan memberikannya masa untuk memutuskan apa sahaja yang diperlukan untuk pulih dengan cepat," kata Norza.

Lee Chong Wei

Artikel Sebelum

Gareth bakal terima gaji baharu

Artikel Berikut

Sarri lupakan Higuain, puji Morata

Artikel Berkaitan

"Beri ruang kepada Chong Wei"

Artikel Lain