suria

Gareth bakal terima gaji baharu

GARETH Southgate sedia berbincang bersama Persatuan Bola Sepak England (FA) mengenai kontrak baharu selepas mara ke separuh akhir Piala Dunia baru-baru ini.

Southgate dan FA bersetuju mengikat kontrak bernilai 2.5 juta pound setahun, termasuk bonus bagi menggantikan Sam Allardyce pada tahun 2016.

Kontrak terkini Southgate masih berbaki sehingga 2020 namun ia dijangka akan berbincang pilihan baharu selepas Piala Dunia.

Menurut sumber terdekat FA:"Kontrak Gareth akan berkahir dan kedua-dua pihak mahu berbincang dan mencapai persetujuan dengan cepat."

Berdasarkan syarat, FA mempunyai pilihan untuk menggantikan Southgate jika mereka tidak mencapai persetujuan.

Tetapi  England mempamerkan persembahan terbaik selepas tahun 1990, kedudukan Southgate amat kukuh dan FA dijangka sedia berbincang dengan persetujuan baharu.

Ia mungkin perjanjian bernilai 5 juta pound setahun termasuk bonus dan ia bakal menyaksikan Southgate akan memimpin pasukan sehingga aksi Euro 2020 dan Piala Dunia Qatar 2022.-Dailymail

FA, Gareth Southgate

Artikel Berikut

Artikel Lain