Salah mahu sertai Real Madrid - Sukan | mStar

Salah mahu sertai Real Madrid

BINTANG Liverpool Mohamed Salah mendedahkan dia mahu menyertai Real Madrid pada musim panas ini.

Menurut laporan Don Balon di Sepanyol, pemain kebangsaan Mesir itu begitu terdesak untuk berhijrah ke Santiago Bernabeu.

Malah Liverpool didakwa sanggup melepaskan Salah yang menjaringkan 41 gol dalam semua perlawanan musim ini dengan harga sekitar 122 juta pound sterling.

Lebih mengejutkan, pemain tengah Real Dani Ceballos turut ditawarkan kepada Liverpool dalam urusan jual beli Salah.

Presiden Real Madrid Florentino Perez juga sanggup mengemukakan bidaan sebanyak 123 juta pound sterling kepada Liverpool bagi merealisasikan perpindahan Salah.

Salah masih ada kontrak di Anfield sehingga 2022 dan mungkin ditawarkan kontrak baharu susulan prestasi cemerlangnya musim ini.

Namun pengendali Liverpool Jurgen Klopp yakin Salah tidak akan meninggalkan pasukan itu.

"Ia situasi yang saya tidak fikir akan berlaku. Kira-kira sembilan bulan lalu dia datang dan melakukan kejutan besar dalam kariernya.

"Untuk datang ke Liverpool, dia ada pilihan lain dan dia pilih untuk datang ke sini," kata Klopp.

Mohamed Salah , Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Arteta pilihan utama ganti Wenger

Artikel Berkaitan

Bukan aksi final Salah, Ronaldo

Siapa Salah?

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain