suria

Conte dedah alasan turunkan Giroud

ANTONIO Conte mempunyai alasan tersendiri berhubung tindakan menurunkan Olivier Giroud berbanding Alvaro Morata dalam kesebelasan utama Chelsea ketika menewaskan Southampton 2-0 pada aksi separuh akhir Piala FA, malam Ahad.

Morata yang merekodkan nilai perpindahan tertinggi duduk di bangku simpanan selama 80 minit ketika menyaksikan Giroud meletakkan Chelsea di depan seawal minit ke-46.

Kemudian, Morata diturunkan pada 10 minit terakhir perlawanan dan meledak gol kedua pasukan itu.

"Dia pemain terbaik dibawa masuk oleh kami. Saya memerlukan pemain yang boleh bermain dengan karakter tersendiri.

"Saya juga memerlukan pemain yang memiliki fizikal yang kuat. Morata adalah penyerang penting. Saya fikir dia lebih muda daripada Olivier, kurang berpengalaman dan fizikalnya tidak begitu kuat tetapi dia bergerak laju.

"Hari ini saya menurukan Olivier kerana saya tahu kami perlu membolosi tiga pemain di benteng pertahanan lawan yang amat kuat. Jadi itulah sebab saya menurunkannya lebih awal.

"Pada masa sama Morata juga beraksi cemerlang begitu juga Pedro dan Bakayoko," kata Conte.

Chelsea memenangi trofi Liga Perdana Inggeris musim lalu tetapi gagal mengulanginya musim ini.

Kejuaraan kali ini menjadi milik Manchester City.

Dengan kemenangan itu, Chelsea akan bertemu Manchester United pada aksi final Piala FA.

Olivier Giroud, Chelsea

Artikel Sebelum

‘Kami tiada masalah’

Artikel Berikut

Artikel Lain