suria

Hanya Matic yang patut rasa penat - Mourinho

Nemanja Matic. - Reuters

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho telah memecahkan beberapa anggota skuadnya selepas menunjukkan sikap 'pilih kasih'.

Walaupun berjaya meraih kemenangan pada separuh akhir Piala FA Inggeris dalam perlawanan menentang Tottenham, masih terdapat masalah buat Mourinho selepas musim yang turun naik di Old Trafford.

United di bawah Mourinho juga tidak menyerlah seperti yang diharapkan.

Jurulatih itu yang hanya mengetuai kelab tersebut ke tangga ke-6 Liga Perdana Inggeris musim lalu, tetapi menyelamatkan dirinya dengan memenangi Piala EFL dan Liga Europa.

Perancang taktikal dari Portugis itu sepatutnya meletakkan United sekurang-kurangnya di tangga kedua tahun ini.

Namun, nampaknya laluan bertambah sukar apabila United akan bertembung denan Chelsea yang bergantung kepada keputusan separuh akhir kedua pada Ahad.

Mourinho juga dilihat sering bersikap terlalu keras terhadap pemain seperti Paul Pogba dan Luke Shaw.

Menurut laporan Sun, para pemain United merasa jurulatih berusia 55 tahun itu menunjukkan sikap pilih kasih terhadap beberapa pemainnya, terutama Nemanja Matic.

Laporan itu menyatakan, Mourinho memuji Matic dalam kemenangan United ke atas Brighton pada Piala FA Inggeris.

Mourinho didakwa telah berkata, Matic adalah satu-satunya pemain yang sepatutnya berasa letih kerana tiada pemain lain yang bekerja keras sepertinya. - Caught Offside

Jose Mourinho, Nemanja Matic

Artikel Sebelum

Salah Pemain Terbaik PFA

Artikel Berikut

Artikel Lain