suria

Ada sebab lain Wenger tinggalkan Arsenal

Arsene Wenger. Foto Reuters

ARSENAL 'memecat' Arsene Wenger dan membayarnya £9 juta (RM49.11 juta) untuk keluar dari kelab itu pada akhir musim ini, meskipun masih mempunyai baki kontrak selama setahun.

Pengurus kelahiran Perancis itu membuat pengumuman pada Jumaat bahawa beliau akan meninggalkan Emirates pada musim panas ini selepas 22 tahun menerajui pasukan itu.

Wenger yang berusia 68 tahun itu mendakwa tiba masanya untuk beliau mengundur, tetapi kini timbul dakwaan bahawa beliau dipaksa keluar di bawah tekanan pemilik kelab dari Amerika Syarikat (AS).

Sebaliknya Wenger kehilangan sokongan pemilik kelab, Stan Kroenke yang memutuskan untuk bertindak menjelang separuh akhir Liga Europa menentang Atletico Madrid minggu depan.

Wenger yang tidak berniat untuk meninggalkan kelab itu, memaksa mereka untuk membayar gaji penuh bagi tahun terakhirnya.

Setelah gugur dalam Liga Juara-Juara musim ini dan tersasar dalam kedudukan terbaik Liga Perdana Inggeris, kelab The Gunners perlu memenangi Liga Europa untuk kembali ke posisi teratas bola sepak Eropah.

Lembaga berharap dengan pengumuman mengenai pengunduran Wenger lebih awal akan merangsang penyokong dan pemain menjelang perlawanan yang perlu dimenangi mereka.

Terdahulu, dalam satu kenyataan Wenger di laman rasmi kelab, beliau berkata, selepas membuat penilaian teliti serta perbincangan dengan pihak kelab, beliau merasakan sudah tima masa untuk meninggalkan kelab penghujung musim ini.

"Saya bersyukur kerana mendapat hak istimewa menguruskan kelab dengan pelbagai kenangan bertahun-tahun. Saya menguruskan kelab dengan penuh komintmen dan integriti.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua staf, pemain-pemain, pengarah dan semua penyokong yang menjadikan kelab ini intimewa.

"Saya berharap semua penyokong akan terus berada di belakang pasukan bagi mencapai kejayaan tertinggi.

"Untuk semua peminat Arsenal, jagalah nilai di kelab ini. Sayang dan sokongan saya selamanya," ujar Wenger. - Mail Online UK

Arsene Wenger, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sah! Kuantan FA digugurkan

Artikel Lain