suria

TMJ ke rumah Pique, jumpa bintang Barcelona

Tunku Ismail ditemani isteri, Che' Puan Khaleeda bergambar bersama Pique dan penyanyi Colombia, Shakira. Foto Facebook Johor Southern Tigers.

PETALING JAYA: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima undangan ke rumah bintang Barcelona, Gerard Pique dan isterinya, Shakira di Sepanyol pada Selasa.

Tunku Ismail turut ditemani isterinya, Che' Puan Khaleeda Bustamam.

Pique merupakan tonggak utama pasukan Barca dan juga Sepanyol.

Berita gembira itu dikongsi bersama peminat bola sepak tanah air menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers.

Tunku Ismail turut menerima jemputan khas untuk menyaksikan sesi latihan pasukan utama Barcelona di pusat latihan Camp Tito Vilanova.

Tunku Ismail bersama Messi. Foto Facebook Johor Southern Tigers.

Beliau juga berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan pemenang anugerah Ballon d'Or sebanyak lima kali, Lionel Messi dan penyerang sensasi Uruguay, Luis Suarez.

Pada 25 Mac lalu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) sah melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beliau dilantik sebagai presiden FAM pada 25 Mac 2017 selepas menang tanpa bertanding dan mendapat sokongan semua perwakilan.

Bagaimanapun, Tunku Ismail kekal sebagai pengerusi Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan hanya akan fokus kepada pengurusan Liga Malaysia.

TMJ, bola sepak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain